Thursday, June 10, 2010

Rancangan Malaysia Ke 10

By Azam Nordin

60% pasaran ekonomi bagi perniagaan di malaysia adalah kerajaan. dari dulu hingga sekarang , kebanyakan projek kerajaan di serahkan kepada syarikat GLC. sampai bila pun masyarakat perniagaan melayu tak kan dapat merasai tender tersebut. alasan nya ada lah kerana kedudukan kewangan sesuatu syarikat itu yg tidak kukuh. di sini la peranan kerajaan untuk memberikan pembiayaan bagi tender tender kerajaan.

Kebanyakan syarikat GLC akan melantik vendor vendor untuk mengagihkan kerja kerja yg berkaitan untuk membantu usahawan bumiputra katanya. tetapi kebanyakan usahawan ini terdiri dari mereka mereka yg pernah bekerja di syarikat tersebut. sama ada berhenti kerana ditawarkan menjadi vendor atau kerana faktor umur. Bagi pemain baru dalam industri tersebut yakni bahagian pembekalan akan terkial kial mencari peluang dan selalunya hampa.

Dari tahun 2008 hingga kini semakin ramai yg berdaftar dengan kementerian kewangan untuk turut serta dalam perolehan kerajaan. ada di antaranya yg sepanjang perniagaan tidak pernah menang dan ditawarkan tender atau sebutharga. mungkin kerana harga yg ditawarkan terlalu tinggi atau kerana persaingan yg sengit.Kepada yg bernasib baik akan berjaya dalam tender atau sebuthraga tersebut.tetapi mereka ini mengalami masaalah modal pusingan untuk menyediakan bon jaminan sebanyak 5% dan kos untuk bahan mentah. Meraka ini akan mencuba untuk membuat pinjaman dari institusi kewangan kepunyaan kerajaan ataupun swasta. tetapi malangnya di tolak. antara alasan adalah kerana tiada cagaran atau pun pemilik tersebut mempunyai rekod pembayaran yg tak begitu baik dan akan tercatat di dalam sistem CRISS bank negara dan CTOS. FIS juga akan memberikan komen yg serupa.

oleh dari itu usahawan tersebut dengan hampa nya terpaksa menggunakan nama saudara mara atau adik beradik untuk membuat pinjaman bagi menyempurnakan kontrak yg telah di tawarkan/di menanginya.

oleh dari itu saya berpendapat jika ingin melihat ekonomi malaysia cergas dan pulih dengan cepatnya , kerajaan harus melihat semula peranan sistem kredit seperti CRISS dan CTOS ini dengan lebih teliti. agar semua pihak dapat berganding bahu untuk meningkatkan ekonomi masing masing dan ianya akan meberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi malaysia. Kerajaan melaporkan bahawa ekonomi malaysia sedang meningkat naik. cuba lihat statistik kereta yg di tarik sehari kerana tak mampu bayar , rumah yg di lelong, dan penjawat awam sendiri sudah mula meminjam dari ALONG (ceti haram). di mana mana kita akan lihat perniagaan peminjam wang berlesen ini pesat berkembang kerana orang ramai terlalu kesempitan wang untuk kegunaan harian.

Masyarakat Malaysia mengharapkan agar rancangan malaysia ke 10 ini mengambil kira keadaan semasa ini.

wasallam

No comments:

Post a Comment